JUM TENGOK KAIN TERKINI

KAMI MENJUAL KAIN PASANG TERKINI, TERKINI DAN TERKINI, TUDUNG DAN PAKAIAN KANAK-KANAK DENGAN HARGA YANG MURAH DAN SANGAT BERPATUTAN.

Sunday, March 11, 2012

TIPS UNTUK MEMILIH KAIN PASANG / KAIN ELA AGAR LEBIH VARIASI

Penahkah anda membeli kain pasang / kain ela dan apabila anda pulang ke rumah anda dapati kain yang dibeli seakan-akan sama dengan pakaian yang telah ada dalam koleksi anda. Oleh yang demikian,  untuk mengelakkan berlakunya kain pasang / kain ela yang dibeli sama atau seakan-akan sama dengan koleksi pakaian anda, beberapa tips dikongsikan diruangan ini.  
  
Warna kain pasang
Warna merupakan elemen penting dalam memilih kain pasang / kain ela. Selalunya setiap orang mempunyai warna kesukaan masing-masing. Contohnya warna merah jambu atau warna biru muda. Disebabkan kecenderungan memilih warna-warna kesukaan tersebut, koleksi baju anda nampak seakan-akan sama di mata orang lain kecuali mata anda. Oleh yang demikian, cubalah pelbagaikan warna kain pasang / kain ela yang dibeli agar koleksi baju anda akan lebih pelbagai, contohnya warna hijau muda, biru tua, merang terang dan sebagainya. Warna-warna terang lebih menonjol dan juga nampak seakan baru sentiasa.

Material kain pasang
Pemilihan material kain pasang / kain ela sangat penting kerana ianya bergantung kepada kegunaan pakaian yang akan dihasilkan samada digunakan untuk ke majlis-majlis keraian ataupun pergi bersiar-siar ataupun ke kompleks beli belah. Secara umumnya kain pasang / kain ela yang nipis dan tidak panas lebih sesuai digunakan untuk membuat pakaian memandangkan ianya sesuai dipakai setiap masa memandangkan cuaca di negara kita yang panas dan lembab sepanjang tahun. Bagi yang mempunyai anak kecil yang lasak pula, material kain yang lebih tahan lasak lebih sesuai digunakan berbanding kain “chiffon” atau “opel”. Ini kerana walaupun kain pasang / kain ela daripada “chiffon” atau “opel” ini selalunya cantik dan mempunyai ramai penggemar, namun ianya kurang tahan lasak. Selain daripada itu, perlu juga dipastikan samada kain pasang / kain ela yang ingin dibeli perlu “dryclean” ataupun tidak. Sesetengah kain pasang / kain ela perlu dibasuh dahulu sebelum dijahit kerana selepas basuhan pertama, kain pasang / kain ela tersebut akan mengecut sedikit. Perlu juga dipastikan samada kain pasang / kain ela tersebut daripada jenis berbulu ataupun tidak. Ini dapat dilakukan dengan memeriksa bahagian hujung kain tersebut. Jika didapati hujung kain kesan guntingan adalah berbulu atau mudah pecah, dinasihatkan agar tidak memilih kain pasang / kain ela jenis ini kerana dikhuatiri ianya mudah rosak terutamanya pada bahagian jahitan.

Mencuci kain pasang
Kaedah cucian bagi sesetangah kain pasang / kain ela adalah menggunakan kaedah “dryclean”. Ini bagi memastikan kain yang digunakan tidak luntur. Oleh yang demikian, pastikan kaedah cucian bagi kain tersebut bagi memastikan corak pada kain tersebut tidak luntur dan sentiasa nampak seperti baru. Bagi yang tidak menggemari kaedah cucian “dryclean”, eloklah memilih kain pasang yang berciri-ciri “washable” atau boleh di basuh berulang kali dan warnanya tidak luntur. 




 
Kembali ke atas.