Penahkah
anda membeli kain pasang / kain ela dan apabila anda pulang ke rumah anda dapati
kain yang dibeli seakan-akan sama dengan pakaian yang telah ada dalam koleksi
anda. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan
berlakunya kain pasang / kain ela yang dibeli sama atau seakan-akan sama dengan
koleksi pakaian anda, beberapa tips dikongsikan diruangan ini.
Warna kain pasang
Warna merupakan elemen penting dalam memilih kain pasang / kain ela. Selalunya
setiap orang mempunyai warna kesukaan masing-masing. Contohnya warna merah
jambu atau warna biru muda. Disebabkan kecenderungan memilih warna-warna
kesukaan tersebut, koleksi baju anda nampak seakan-akan sama di mata orang lain
kecuali mata anda.
Oleh yang demikian, cubalah pelbagaikan warna kain pasang / kain ela yang dibeli
agar koleksi baju anda akan lebih pelbagai, contohnya warna hijau muda, biru
tua, merang terang dan sebagainya. Warna-warna terang lebih menonjol dan juga
nampak seakan baru sentiasa.
Material kain pasang
Pemilihan material kain pasang / kain ela sangat penting kerana ianya bergantung
kepada kegunaan pakaian yang akan dihasilkan samada digunakan untuk ke
majlis-majlis keraian ataupun pergi bersiar-siar ataupun ke kompleks beli
belah. Secara umumnya kain pasang / kain ela yang nipis dan tidak panas lebih
sesuai digunakan untuk membuat pakaian memandangkan ianya sesuai dipakai setiap
masa memandangkan cuaca di negara kita yang panas dan lembab sepanjang
tahun. Bagi yang mempunyai anak kecil yang lasak pula, material kain yang lebih
tahan lasak lebih sesuai digunakan berbanding kain “chiffon” atau “opel”. Ini
kerana walaupun kain pasang / kain ela daripada “chiffon” atau “opel” ini
selalunya cantik dan mempunyai ramai penggemar, namun ianya kurang tahan lasak.
Selain daripada itu, perlu juga dipastikan samada kain pasang / kain ela yang
ingin dibeli perlu “dryclean” ataupun tidak. Sesetengah kain pasang / kain ela
perlu dibasuh dahulu sebelum dijahit kerana selepas basuhan pertama, kain
pasang / kain ela tersebut akan mengecut sedikit. Perlu juga dipastikan samada
kain pasang / kain ela tersebut daripada jenis berbulu ataupun tidak. Ini dapat
dilakukan dengan memeriksa bahagian hujung kain tersebut. Jika didapati hujung
kain kesan guntingan adalah berbulu atau mudah pecah, dinasihatkan agar tidak
memilih kain pasang / kain ela jenis ini kerana dikhuatiri ianya mudah rosak terutamanya
pada bahagian jahitan.
Mencuci kain pasang
Kaedah cucian bagi sesetangah kain pasang / kain ela adalah menggunakan kaedah
“dryclean”. Ini bagi memastikan kain yang digunakan tidak luntur. Oleh yang
demikian, pastikan kaedah cucian bagi kain tersebut bagi memastikan corak pada
kain tersebut tidak luntur dan sentiasa nampak seperti baru. Bagi yang tidak
menggemari kaedah cucian “dryclean”, eloklah memilih kain pasang yang
berciri-ciri “washable” atau boleh di basuh berulang kali dan warnanya tidak
luntur.
Kembali ke atas.
Kembali ke atas.
sila beri komen ye jika berminat..stok terhad
ReplyDeletenk cepat sms sy..InsyaAllah sy kn jawab secepat mgkin..
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete