Dalam
pemilihan bahan bagi kain pasang / kain ela, sebaik-baiknya anda perhatikan 2 perkara
yang paling penting iaitu kualiti dan juga corak / warna.
Kain Pasang Jenis Polyester
Kain
pasang / kain ela yang dibuat daripada bahan ini adalah daripada serat sintetis.Walaupun
harganya lebih ekonomi dan warna-warni serta corak yang menarik, bahan ini
kurang sesuai dipakai di negara yang beriklim tropika iaitu panas dan lembab
sepanjang tahun.Bahan ini tidak menyerap peluh, sehingga menyebabkan badan si
pemakai berasa kurang selesa. Kelebihan bahan ini adalah mudah dijaga serta
tidak mudah kusut menyebabkan ianya selalu dilihat kemas dan rapi.
Kain Pasang Jenis Cotton
Kain
pasang / kain ela yang dibuat daripada bahan jenis ini biasanya lebih
selesa dan sejuk dipakai berbanding kain pasang / kain ela yang dibuat daripada bahan jenis
polyester. Dengan harga yang ekonomi, bahan ini mempunyai corak yang paling
lengkap dan banyak pilihan berbanding jenis bahan lain dengan kandungan cotton
yang tinggi.
Kain Pasang Jenis Full Cotton (Cotton 100%)
Kain
pasang / kain ela yang dibuat daripada bahan jenis ini lebih baik berbanding
dengan jenis cotton. Dengan menggunakan bahan ini, si pemakaiakan terasa lebih
selesa dan sejuk kerana bahan ini mempunyai kualiti yang terbaik. Tetapi dengan
kandungan cotton mencapai 100%, bahan akan mudah kusut dan memerlukan jagaan
yang lebih rapi. Bagi
memilih kain pasang / kain ela yang dibuat daripada bahanjenis ini, anda diminta
lebih berhati-hati kerana kebanyakan penjual kain pasang / kain ela akanmenyatakan
bahwa bahan mereka adalah 100% cotton, padahal sebenarnya kualiti cotton biasa.
Bahan yang mengandung 100% cotton terasa lebih lembut dan mudah kusut bila
dipegang. Bahan pewarna yang digunakan adalah lebih baik.
Kain Pasang Jenis Satin
Bahan
bagi kain pasang / kain ela daripada jenis satin adalah juga 100% cotton, tetapi
struktur anyamannya adalah berbeza. Anyaman bagi kain pasang / kain ela jenis satin
adalah saling silang antara 1 benang dengan 4 atau 7 benang yang lain. Semakin
banyak benang yang menyilang terhadap benang lain, semakin lembut dan halus,
tetapi juga semakin rapuh anyaman terhadap berus sewaktu mencuci. Ciri-ciri kain
satin adalah seperti agak berat, agak berkilat pada permukaannya dan walaupun
terasa lebih tebal, tetapi lebih lembut. Selain itu, warna juga mempengaruhi
tingkat kelembutannya.Bahan yang sebagian besar berwarna putih terasa lebih
lembut daripada bahan yang berwarna-warni.
Kembali ke atas.
Kembali ke atas.
mohon izin share tips tu di dalam fanpage saya ya. terima kasih atas info
ReplyDelete